MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO Facebook/Info Rakyat Dalam Kelantan
MANGSA meninggal dunia di lokasi kejadian. FOTO Facebook/Info Rakyat Dalam Kelantan
Siti Nadzirah Che Mud


Machang: Lelaki maut apabila motosikal ditunggang melanggar belakang lori yang diletakkan di bahu jalan dekat Jalan Banggol Judah-Labok, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Zipiri Jusoh, 40, berasal dari Kampung Kelubi, Pulai Chondong, di sini mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghala ke Banggol Judah dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang lori berkenaan.

"Rempuhan itu mengakibatkan mangsa terperosok di bawah lori dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang, di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 5:06 PM