ABRAHAM menunjukkan jaketnya yang berlubang akibat ditembusi peluru sebelum mengenai telefon pintar miliknya. - Agensi
Agensi

Cape Town: Seorang lelaki yang ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan perompak terselamat selepas tembakan berkenaan mengenai telefon pintar di poketnya.

Kejadian berlaku ketika Siraaj Abraham, 41, dirompak dua lelaki bersenjata ketika berada di luar rumahnya di sini baru-baru ini.

Dalam serangan berkenaan, seorang penyerang melepaskan tembakan dari jarak kira-kira dua meter yang mengenai bahagian dada Abraham.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana peluru pistol jenis 9 milimeter yang ditembak perompak berkenaan mengenai telefon pintar jenis Huawei P8 Lite yang diletakkan di poket jaketnya.

Tembakan berkenaan merosakkan telefon pintar itu tetapi berjaya menghentikan peluru daripada mengenai tubuh Abraham.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 8:20 AM