OPERASI Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor di Paya Jaras, Sungai Buloh dan Lebuhraya Guthrie. FOTO Khairull Azry Bidin
OPERASI Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor di Paya Jaras, Sungai Buloh dan Lebuhraya Guthrie. FOTO Khairull Azry Bidin
Mohd Hasbi Sidek


Sungai Buloh: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyita 41 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuh Raya Guhthrie, dekat sini, awal pagi ini.

Operasi diperkuatkan 123 anggota dan pegawai polis dari pelbagai jabatan dan bermula kira-kira 1 pagi.

Pegawai Turus Penguatkuasa Trafik Selangor, Asisten Superintenden Suwardi Mat Desa, berkata operasi bertujuan mengekang aktiviti rempit di lebuh raya berkenaan.

"Kami memeriksa 116 motosikal dan mengeluarkan 87 saman kepada penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan.

"Selain itu, kami menahan dua lelaki kerana menunggang motosikal yang dilaporkan hilang manakala 41 motosikal terpaksa disita," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 3:05 PM