MISBUN (barisan kedua belakang, tiga kanan) pada Majlis Penutup Program Kem Bakat Kementerian Belia dan Sukan Peringkat Wilayah Persekutuan, semalam.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Kontrak bakal diperbaharui, tetapi ada saranan baru buat jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan cuba lahirkan seorang pemain bertaraf dunia selepas Datuk Lee Chong Wei.

Cabaran itu diberikan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dengan harapan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) seperti itu untuk Hendrawan dengan bukan membimbing Chong Wei saja.

“Ketika saya tinggalkan Chong Wei dulu, dia memang sudah pemain nombor satu dunia. Jurulatih mana sekalipun melatih Chong Wei selepas itu, dia tetap di kedudukan itu juga,” katanya ketika ditemui di Majlis Penutup Program Kem Bakat Kementerian Belia dan Sukan Peringkat Wilayah Persekutuan semalam.

Jelasnya, memang sudah rezeki Hendrawan apabila BAM menyambung kontraknya, tetapi sepatutnya badan induk itu memberikan beliau sekelompok pemain lain untuk digilap menjadi pemain bertaraf dunia.

“Hendrawan perlu bekerja untuk melahirkan seorang lagi Chong Wei dan pastikan mereka menjadi pencabar utama pingat emas Olimpik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 5:10 AM