OSMAN (kanan) dan Norah (dua dari kanan) memilih cili padi yang dipetik di kebun mereka di Kampung Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah.
OSMAN (kanan) dan Norah (dua dari kanan) memilih cili padi yang dipetik di kebun mereka di Kampung Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah.


Alor Gajah: Selera majoriti penduduk di daerah ini yang gemarkan masakan pedas menyebabkan permintaan terhadap cili sentiasa tinggi.

Pengusaha tanaman itu, Osman Sudin, 65, berkata, cili padi menjadi bahan utama dalam penyediaan hidangan tradisional penduduk seperti rendang menyebabkan permintaan yang tinggi.

“Setiap hari, saya, isteri, Norah Yaakob, 55, dan anak, Aminah, 28, memetik sehingga 20 kilogram (kg) cili padi untuk dibekalkan kepada peniaga di Pasar Awam Masjid Tanah, peniaga runcit di daerah ini dan Tampin.

“Kami turut dibantu tiga penduduk kampung mengambil upah memetik cili padi berikutan permintaan boleh mencecah sehingga 30 kg terutama pada musim perayaan,” katanya yang mengusahakan tanaman itu di Jalan Ramuan Cina-Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, di sini, sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, Norah berkata, penduduk di Masjid Tanah dan Alor Gajah memang terkenal gemar menikmati masak lemak cili padi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 5:35 AM