Michelle Gun


Los Angeles: Siri epik fantasi, Game of Thrones merangkul 12 trofi daripada 23 pencalonan pada Anugerah Enmy ke-68 yang berlangsung di Microsoft Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Drama bersiri popular itu turut mengulangi sejarah tahun lalu apabila mempertahankan trofi Drama Terbaik.

Selain itu ia turut memenangi tiga trofi bagi Drama Bersiri Terbaik, Penulis Drama Bersiri Terbaik dan Pengarah Drama Bersiri Terbaik.

Kemantapan jalan cerita episod Battle of the Bastards turut melayakkan David Benihoff dan DB Weiss menerima anugerah Penulis Terbaik, manakala Miguel Sapotchnik sebagai Pengarah Terbaik.

Anugerah lain yang dimenangi Game of Thrones diperoleh ketika malam kemuncak Anugerah Emmy Primetime Creative Arts pada 11 September lalu.

Selain itu, drama bersiri karya George RR Martin yang mengangkat kisah pengkhianatan golongan bangsawan dalam usaha merebut takhta Iron Throne itu turut mencipta rekod apabila sudah memenangi 38 trofi Anugerah Emmy sejak ia mula ditayangkan di HBO pada 2011.

Pencapaian itu memecah rekod lama yang dipegang sitkom Frasier yang menamatkan siarannya pada 2004 dengan mengumpul 37 trofi Anugerah Emmy bagi 11 musim.

Selain itu, siri televisyen jenayah The People v OJ Simpson: American Crime Story turut menyerlah apabila berjaya membaya pulang lima trofi anugerah utama iaitu Siri atau Filem Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Siri atau Filem Terbaik Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Siri atau Filem Terbaik Terbaik dan Penulis Siri atau Filem Terbaik Terbaik.

Kemenangan itu bukan mengejutkan berikutan siri televisyen terbitan FX ini endapat 22 pencalonan dalam pelbagai kategori dalam Anugerah Emmy kali ini.

Senarai pemenang Anugerah Emmy 2016

Drama: Game of Thrones (HBO)

Pengarah Drama: Miguel Sapochnik - The Game of Thrones (episod Battle of the Bastards)

Pelakon Lelaki Drama: Rami Malek (The Mr Robot)

Pelakon Wanita Drama: Tatiana Maslany (The Orphan Black)

Pelakon Pembantu Lelaki Drama: Ben Mendelsohn (The Bloodline)

Pelakon Pembantu Wanita Drama: Maggie Smith (Downtown Abbey)

Siri Mini/Filem: The People vs OJ Simpson: American Crime Story (FX)

Pelakon Lelaki Siri Mini/Filem: Courtney B Vance (The People vs OJ Simpson: American Crime Story)

Pelakon Wanita Siri Mini/Filem: Sarah Paulson (The People vs OJ Simpson: American Crime Story)

Pelakon Pembantu Lelaki Siri Mini/Filem: Sterling K Brown (The People v OJ Simpson: American Crime Story)

Pelakon Pembantu Wanita Siri Mini/Filem: Regina King (American Crime)

Siri Komedi: Veep

Pelakon Wanita Siri Komedi: Julia Louis-Dreyfus (Veep)

Pelakon Lelaki Siri Komedi: Jeffrey Tambor (Transparent)

Pelakon Pembantu Wanita Siri Komedi: Kate McKinnon (Saturday Night Live)

Pelakon Pembantu Lelaki Siri Komedi: Louie Anderson (Baskets)

Pertandingan Program Realiti: The Voice (NBC)

Filem TV: Sherlock: The Abominable Bride (Masterpiece) (PBS)

Siri Bual Bicara: Last Week Tonight With John Oliver (HBO)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 3:17 PM