• Tukang cat ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan di rumah di Kampung Jelapang, Sungai Tong, 4.30 pagi.

• Kastam patahkan cubaan seludup minuman keras, rokok, beras dan tayar kereta bernilai RM5.2 juta di Pelabuhan Sepanggar.

• Empat sahabat buru pihak yang menghina golongan ulama dan ahli agama di laman sosial, seterusnya memberi nasihat secara bersemuka.

• Enam kereta yang diletak di Flat Taman Aman Putra, Blok B, Jinjang Utara terbakar dipercayai perbuatan khianat.

• Enam motosikal milik penduduk Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, terbakar 4.20 pagi.

• 8,000 nelayan Zon A dan B di Kuala Kedah, tidak turun ke laut menangkap ikan berikutan angin kencang dan laut bergelora.

• Audi Malaysia lancar model A4 serba baharu yang diimport sepenuhnya dari Jerman dengan reka bentuk, prestasi dan teknologi terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 7:00 PM