Brad mahu perceraian mereka tidak diketahui umum. FOTO TMZ
Susunan Michelle Gun


Los Angeles: Suami bintang Hollywood Angelina Jolie, Brad Pitt dilaporkan berang dengan tindakan pelakon itu memfailkan perceraian terhadapnya.

Sumber memberitahu TMZ, Pitt turut marah dengan kenyataan Jolie yang mendakwa dia menjejaskan keselamatan anak-anak kerana masalah panas baran, pengambilan alkohol dan ganja.

Menurut sumber itu, pelakon dan produser terbabit dikatakan merayu Jolie mengendalikan penceraian mereka secara matang.

Difahamkan, Pitt tidak mahu perpisahan mereka diketahui umum bagi menjaga perasaan enam anak mereka iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox.

Pada masa sama, pelakon itu mendakwa Jolie meminta dia melepaskannya sehari sebelum mengisi borang permohonan cerai.

Bagaimanapun, Page Six melaporkan berita berbeza dan mendakwa Jolie menamatkan rumah tangga dibina selama 12 tahun selepas mendapat tahu Pitt menjalin hubungan sulit dengan Marion Cotillard ketika penggambaran filem Allied.

Sementara itu, bintang siri televisyen Friends, Jennifer Aniston yang juga bekas isteri Pitt ketika ditemubual US Weekly menganggap perpisahan pasangan terbabit sebagai 'karma' selepas Pitt menceraikannya untuk bersama Jolie.

Malah, pelakon berusia 47 itu, turut berpuas hati dengan berita perpisahan pasangan berkenaan.

Aniston dan Pitt berkahwin pada 2000, namun berpisah lima tahun kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 4:10 PM