Hans terkejut dengan cerita dia memeluk Islam.FOTO Cinema Malaysia
Hans terkejut dengan cerita dia memeluk Islam.FOTO Cinema Malaysia
Garret Dawum


Kuala Lumpur: "Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam," kata pelakon Datuk Hans Issac, 45.

Katanya, sebarang hal mengenai dirinya haruslah melalui kenyataan daripada mulutnya sendiri atau dikeluarkan dalam media sosial rasminya.

"Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik).

"Saya sedang sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dalam laporan sebuah portal hiburan, Hans dikatakan sudah memeluk agama Islam di sebuah negeri Pantai Timur pada awal tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2016 @ 6:56 PM