Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Amran Ramli (tengah) bersama pil Eramin 5 yang dirampas. - Foto BERNAMA
BERNAMA

Shah Alam: Seorang pemandu teksi dan rakannya yang disyaki terbabit dalam pengedaran pil Eramin 5 di sekitar Lembah Klang, diberkas dalam dua tangkapan berasingan sekitar Puchong, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Amran Ramli berkata, pemandu teksi berusia 40 tahun itu ditahan bersama 19,710 pil Eramin 5 bernilai kira-kira RM295,650.

"Dalam tangkapan pertama, polis memberkas pemandu yang membawa satu kotak ketika keluar dari teksinya di Bandar Kinrara kira-kira 3.30 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan dalam kotak itu, kami menemui 79 ikatan getah dengan setiap ikatan mengandungi 25 foil aluminium mengandungi pil Eramin 5 seberat 5,518 gram," katanya di sini, hari ini.

Susulan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 43 tahun, iaitu rakan suspek di sekitar Puchong pada hari yang sama dan merampas wang tunai RM8,000.

Kedua-dua suspek direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki Indonesia berusia 41 tahun yang disyaki terbabit dalam pengedaran ganja di Sungai Buloh, Isnin lalu.

“Polis menahan suspek yang berdiri di tepi sebuah kereta Perodua Myvi pada 6 petang dan menemui 78 ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 7.8kg bernilai lebih

RM200,000 dala,m kereta itu,”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2016 @ 9:03 PM