FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Parit Buntar: Bot pukat tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau selepas dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan di Pantai Kuala Kurau, di sini.

Bot ronda APMM mengesan bot pukat tunda berkenaan sedang melakukan aktiviti itu kira-kira 11.9 batu nautika dari pantai, pada 12.50 tengah hari semalam.

Ketua Penguatkuasanya, Leftenan Komander Maritim Mohamad Zainal, berkata anggota kemudiannya terus menahan bot terbabit dan menahan tiga awak-awak warga Thailand.

Katanya, penahanan dan rampasan dilakukan selepas bot berkenaan melanggar syarat lesen mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melakukan tangkapan ikan di kawasan larangan iaitu kurang 15 batu nautika dari pantai.

"Ketiga-tiga awak-awak warga Thailand berusia 49 hingga 53 tahun mempunyai pengenalan diri yang sah dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil manakala bot berkenaan ditunda ke pengkalan untuk proses dokumentasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 September 2016 @ 2:49 PM