KEADAAN pasir yang terhakis.
KEADAAN pasir yang terhakis.
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Nerus: Walaupun musim tengkujuh belum bertandang, penduduk di kawasan Mengabang Telipot, di sini resah dengan masalah hakisan pantai yang tidak berkesudahan.

Saban tahun, penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Tanjung Gelam, Kampung Tengah dan Kampung Kolam di Mengabang Telipot tidak tidur lena dengan masalah hakisan pantai yang mula dikesan lebih 10 tahun lalu terutama menjelang akhir Oktober.

Ketika ini, seramai 70 keluarga membabitkan 35 rumah, pejabat dan bangunan di kawasan berkenaan resah dan hanya mampu berdoa tiada kejadian buruk berlaku seperti tahun lalu apabila harta benda antaranya wakaf, bot, sampan, rumah dan chalet rosak akibat dibadai ombak besar dan air pasang dengan kerugian ditanggung penduduk hampir RM300,000.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara Abd Rahman Bakar, 67, berkata, penduduk sentiasa hidup keresahan setiap kali musim tengkujuh apabila masalah hakisan yang berlaku seolah-olah tiada kesudahan.

“Sekarang ini belum musim tengkujuh, tetapi hakisan pantai sudah berlaku sedikit demi sedikit. Malah, benteng pemecah ombak yang dibina juga sudah terhakis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2016 @ 9:01 AM