Shafee maklumkan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. FOTO gambar fail NSTP
Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Lelaki, 51, maut selepas tercekik makanan ketika makan di majlis jamuan di Sungai Bakap, Nibong Tebal, 8.40 malam semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Lim Ewe Aan, dilihat tersedak ketika mengunyah sebelum menggelupur kesakitan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, orang ramai yang melihat kejadian cuba membantu mangsa yang ketika itu memegang lehernya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh ambulanS yang tiba sejurus menerima panggilan kecemasan.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap dan punca kematian adalah kerana 'Acute Cronary Syndrome'.

Shafee berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2016 @ 8:09 PM