Zarina dikatakan sudah berpisah.
Zarina dikatakan sudah berpisah.
Status di Instagram.
Status di Instagram.
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi Zarina Anjoulie dikatakan sudah berpisah dengan suaminya apabila memuat naik gambar status di laman Instagram seolah-olah sudah bergelar ibu tunggal.

Zarina menerusi gambar yang dimuat naik tiga hari lalu turut mengundang persoalan buat peminat dan pengikutnya berhubung status berbunyi 'Keep calm, I'm a single mom. I've got this' itu.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk menghubungi pelakon terbabit menerusi telefon bimbitnya dan aplikasi WhatsApp tidak berjaya apabila Zarina tidak menjawab dan membalas mesej berkenaan.

Terdahulu, pelakon yang dilaporkan menetap di Brunei Darussalam itu tampil dengan imej terbarunya dengan berhijab , baru-baru ini.

Hasil perkongsian hidup dengan suaminya yang juga warga Brunei, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Gabriel Martin Ezra yang dilahirkan pada Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 6:22 PM