REMY dan Aishah. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Ridzuan Abdul Rahman


Seakan-akan bermimpi buat Puteri Aishah Sulaiman apabila digandingkan dengan pelakon hebat Remy Ishak menerusi filem Pulang arahan pengarah prolifik Kabir Bhatia.

Remy melakonkan watak Othman, manakala Aishah menjadi isterinya bernama Thom dalam filem berskala besar terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) yang turut menampilkan elemen kesan khas ini.

Pulang yang berlatarkan era 1940-an hingga 2010 sememangnya satu naskhah menarik. Filem karya Mira Mustaffa ini berdasarkan inspirasi kisah benar seorang kelasi kapal negara ini yang ketika itu berpangkalan di Melaka.

Remy, 34, sememangnya dikenali sebagai pelakon yang mempunyai karisma tersendiri. Pemilihannya sebagai pelakon filem ini ibarat sirih pulang ke gagang kerana gandingannya dengan Kabir menerusi drama bersiri Nur Kasih yang kemudian difilemkan pernah mencetus fenomena sebelum ini.

Ditemui di lokasi penggambaran filem ini di sebuah lokasi di Terengganu, baru-baru ini, Remy melahirkan kesyukurannya kerana masih menjadi pilihan pengarah yang pernah menaikkan namanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 7:58 AM