JOSIAH tidak ‘kejar’ peminat dan menjadikan lakonan kerjaya sepenuh masa.
JOSIAH tidak ‘kejar’ peminat dan menjadikan lakonan kerjaya sepenuh masa.

Selepas enam tahun mencanai bakat dalam bidang lakonan, harus diakui kelibat pelakon kacak Josiah Hogan masih agak asing.

Bagaimanapun, Josiah atau nama Islamnya Mohamad Musleh, 30, tetap optimis kerjaya seninya sebagai pelakon semakin berkembang, walaupun dalam fasa yang agak perlahan.

Tidak pernah menghilang dalam radar industri seni hiburan tempatan, Josiah sebaliknya masih membintangi beberapa drama selain menunggu tayangan filem lakonannya.

“Selepas drama Cinta Jangan Pergi di TV9, saya banyak menerima tawaran berlakon selain menunggu tarikh tayangan filem Paradox, KL Vampires dan KL Special Force.

“Selain itu, saya juga menceburkan diri dalam bidang pengacaraan menerusi program travelog, Go ASEAN. Bagaimanapun, kerjaya itu bukanlah ‘makanan’ saya kerana perlu menghafal skrip yang diberikan selain perlu menggunakan bahasa Inggeris formal,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 7:48 AM