FOTO Michelle Gunssss
Michelle Gun


Kuala Lumpur: Lebih 30,000 penonton membanjiri Stadium Merdeka, di sini, bagi menyaksikan konsert Bigbang 2016 Made [V.I.P] Tour malam ini.

Ini kali ketiga kumpulan K-Pop popular itu datang ke Malaysia, namun kali ini, Bigbang membuat persembahan tanpa seorang anggotanya iaitu TOP.

Anggota lain seperti G-Dragon, Taeyang, Seungri dan Daesung menghiburkan peminat dengan 13 lagu antaranya Bae Bae, Loser dan Bang Bang Bang.

Terdahulu, acara bermula dengan anggota kumpulan itu menghiburkan peminat dengan empat permainan ringkas seperti sedut bola ping pong dan meneka beberapa benda sambil mata ditutup.

Sebelum menamatkan konsert, Bigbang turut menjanjikan peminat mereka akan kembali lagi ke negara ini.

Kumpulan dari Korea Selatan ini juga mendedahkan mereka kini sibuk menyiapkan album terbaru yang dijangka siap dalam masa terdekat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 10:18 PM