NINA nafikan dia bersikap ‘diva’ atau sombong dengan pelakon lain.
Norhayati Nordin


Diam tak diam, sudah tiga tahun pelakon kelahiran Brunei Darussalam, Nina Iskandar, 25, membina karier seni di negara ini.

Sanggup berkelana meninggalkan keluarga demi mengejar impian sejak kanak-kanak, tetapi baru hendak membina nama, tiba-tiba dia menghilang dan kini kembali untuk membina semula kerjaya seninya.

Pernah tampil bertudung dan kini tidak bertudung, nyata sinar Nina atau Nur Akmalina Iskandar tidak menyerlah seperti rakan seangkatan.

Kata Nina, karier seninya kurang bersinar dua tahun lalu berpunca daripada tindakan diri sendiri hingga rakan seangkatan dengannya kini lebih menyerlah.

“Bagi saya rezeki masing-masing. Apa yang boleh dikatakan kesilapan sendiri dalam membuat keputusan suatu ketika dulu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 5:04 AM