MANGSA menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan. FOTO Adnan Ibrahim
Adnan Ibrahim

Kluang: Anggota polis yang dilaporkan hilang di Gunung Lambak di sini, Rabu lalu ditemui selamat dan kelaparan oleh orang awam di kaki gunung berkenaan, 6.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, Lans Koperal Norhisyam Abdullah, 30, dijumpai di kaki gunung berhampiran satu kawasan runtuhan yang agak terlindung daripada pandangan.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHKK) Kluang untuk rawatan lanjut.

"Berikutan penemuan itu, pusat operasi mencari dan menyelamat ditutup dan pencarian berakhir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2016 @ 9:04 AM