Junaidi Ladjana

 

 

[email protected]

 

Kinabatangan: Seorang buruh ladang maut ditetak di leher oleh rakan sekerjanya di kawasan rumah kongsi ladang Kurnialang Malbumi, Kinabatangan, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Mangsa Jumada Tahiah, 46, warga Indonesia dipercayai ditetak menggunakan parang dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, suspek lelaki berusia 44 tahun yang juga rakan sekerja mangsa ditahan di pejabat ladang berkenaan kira-kira jam 3 petang tadi oleh sepasukan polis.

"Ketika suspek ditahan, sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dirampas.

"Siasatan awal mendapati motif pergaduhan disebabkan dendam lama antara mangsa dengan suspek dan ketika kejadian mangsa datang ke arah suspek dan mengancam untuk membunuhnya serta keluarga," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 1:57 AM