BADROL Hisham (kiri) bersama Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad ketika pertemuan pertama di Majlis Bandaraya Alor Setar. FOTO Rahmat Othman
BADROL Hisham (kiri) bersama Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad ketika pertemuan pertama di Majlis Bandaraya Alor Setar. FOTO Rahmat Othman
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Pembinaaan benteng tinggi di kawasan pesisiran pantai di Kuala Muda dan Kuala Kedah dijangka dapat menyelesaikan masalah air pasang besar yang berlaku setiap tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, pembinaan benteng bernilai RM16 juta akan bermula sebaik sahaja peruntukan diluluskan.

Katanya, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membincangkan masalah ini supaya dapat diselesaikan segera.

Beliau berkata, dalam mesyuarat itu nanti pihaknya akan membincangkan berkaitan tebatan banjir termasuk air pasang besar yang melanda setiap tahun di negeri ini.

"Namun kejadian air laut pasang tahun ini paling besar berlaku sehingga mengakibatkan kerugian harta benda penduduk dan melimpah masuk ke dalam sawah menyebabkan kerosakan.

"Kita akan beri keutamaan di Kuala Muda dahulu berikutan kejadian air pasang besar yang dialami baru-baru ini menyebabkan ramai penduduk berpindah dan kerosakan harta benda," katanya pada sidang media ketika perjumpaan dengan Datuk Bandar Alor Setar baru, Datuk Mohd Zohdi Saad diMBAS, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 12:47 PM