TUNKU Sallehuddin (empat kanan) diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga kanan) berkenan merasmikan Majlis Pecah Tanah. FOTO Sharul Hafiz Zam
TUNKU Sallehuddin (empat kanan) diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga kanan) berkenan merasmikan Majlis Pecah Tanah. FOTO Sharul Hafiz Zam
Nor Farhani Che Ad


Yan: Masjid Terapung Yan yang dijangka siap pada 2018 bakal menjadi bangunan ikonik terbaharu di daerah itu dengan kos pembinaan kira-kira RM15 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, permohonan tanah kerajaan bagi pembinaan masjid itu adalah seluas 2.19 hektar dan cadangan pengambilan tanah bermilik bersyarat adalah sebanyak lima lot membabitkan 1.25 hektar.

"Masjid terapung ini dijangka dibina pada awal tahun depan dengan anggaran kos pembinaan RM15 juta dan mampu menampung 1,020 jemaah dalam satu masa.

"Masjid ini akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti ruang solat utama, ruang solat luar kanan, ruang solat luar kiri, bilik imam, bilik audio, bilik mesyuarat, bilik tetamu, kemudahan tandas orang kurang Uupaya (OKU), ruang penyediaan makanan dan bilik pengurusan jenazah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Masjid Terapung Yan, di Pantai Murni, di sini, hari ini.

Majlis pecah tanah tapak masjid disempurnakan Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 4:49 PM