GAMBAR hiasan
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Polis tahan tiga individu termasuk dua warga Nigeria di Selangor dan ibu negara, awal pagi tadi, kerana disyaki seludup dadah jenis syabu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Facebooknya berkata, polis merampas lebih dua kilogram dadah jenis syabu dalam serbuan berkenaan.

"Syabas [email protected] tahan tiga orang (dua daripadanya warga Nigeria) di Selangor dan Kuala Lumpur dan merampas lebih 2 kilogram syabu yang diseludup dari Mumbai," katanya.

Suspek yang ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 4:39 PM