Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin Persekutuan Angkat Berat (PABM), Abu Hanapah Ismail, Siew Huat dan Pengerusi Teknikal (PABM), Yeoh Keat Chye. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Dua emas yang dimenangi atlet Pahang, Khairul Anuar Mohamad di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada Julai lalu ditarik balik selepas sah gagal ujian doping.

Ia disahkan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dengan tempoh sebulan ditetapkan untuk perbicaraan bagi menjatuhkan hukuman.

"Dia membuat keputusan untuk tidak mencabar sampel B, jadi kami akan mengadakan pendengaran bagi menentukan bentuk hukuman," kata Setiausaha Agung PABM Pang Siew Huat.

Khairul Anuar yang mewakili Pahang dalam kategori 94 kilogram meraih emas snatch serta clean and jerk.

Ujian air kencing yang dijalankan mendapati ia mengandungi anabolic steroid dengan hukuman mandatori empat tahun.

Kesalahan itu melanggar Artikel 2.1 Kod Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini mengumumkan empat atlet sah positif doping di SUKMA Sarawak iaitu dua memanah serta masing-masing seorang bagi sukan tinju dan angkat berat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 3:54 PM