Kain alas meja turut disamakan dengan sut anak Che Ta
Kain alas meja turut disamakan dengan sut anak Che Ta
Che Ta sekeluarga
Che Ta sekeluarga
Pengguna membandingkan sut dengan casing telefon bimbit.
Pengguna membandingkan sut dengan casing telefon bimbit.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon popular Rozita Che Wan enggan ambil pusing mengenai sut bercorak bunga yang dipakai anak lelakinya sehingga menjadi viral di Internet sejak minggu lalu.

Sut bercorak bunga ros yang dipakai anak sulungnya iaitu Ammar Effendy, 20, mula menjadi bualan pengguna laman sosial selepas dikongsikan di laman Twitter menggunakan ayat 'Saya tak tiru anak Che Ta' beserta gambar wanita berbaju kurung dengan corak bunga sama.

Seorang lagi pengguna akaun itu turut membandingkan sut itu dengan ‘casing’ telefon bimbit.

Tidak cukup dengan itu, ia turut disamakan dengan alas meja makan.

Rozita yang mesra disapa Che Ta ketika dihubungi berkata, perkara itu terlalu remeh untuk dibesar-besarkan.

"Tak ada apa yang perlu saya perkatakan. Bagi saya itu adalah hal remeh dan tak perlu diulas dengan lebih lanjut.

"Maaf, isu sebegini tak cukup penting sehingga dapat menjejaskan jadual kerjaya saya," katanya kepada Harian Metro.

Gambar itu menjadi viral ketika mereka sekeluarga bercuti di Santorini, Greece baru-baru ini.

Difahamkan, sut berkenaan ditempah daripada seorang pereka fesyen tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 5:34 PM