RASHFORD (tengah) ketika sesi latihan. FOTO Reuters .
Agensi

London: Selepas dinobatkan sebagai Pemain Manchester United Terbaik untuk September, Marcus Rashford pantas menerima pelbagai pujian daripada beberapa bekas pemain yang kini dianggap legenda dan masing-masing berharap dia mampu menghasilkan persembahan yang lebih baik lagi pada masa depan.

Robin van Persie, Alan Shearer, Matt Le Tissier dan Emile Heskey semuanya tahu dengan kaedah terbaik untuk menjaringkan gol dan mereka memberikan pandangan masing-masing mengenai Rashford serta kualiti yang ada pada pemain berusia 18 tahun itu.

Begitu juga dengan Ketua Akademi United Nicky Butt yang berkata: “Marcus mampu melonjakkan lagi imej akademi kami. Dia adalah bintang yang kami gilap.”

Butt juga percaya Rashford bakal menjadi bintang England tidak lama lagi.

“Marcus boleh dianggap sebagai bintang tetapi perjalanannya masih jauh. Dia tentu sedar dengan hakikat itu. Dia mempunyai karakter serta personaliti yang hebat. Setiap kali orang berbicara mengenai Marcus, orang akan tahu bahawa dia dilahirkan menerusi akademi kami,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:46 AM