Sebahagian senjata dan peralatan curi motosikal yang ditemui bersama suspek. FOTO ihsan PDRM
Sebahagian senjata dan peralatan curi motosikal yang ditemui bersama suspek. FOTO ihsan PDRM
Shamsul Munir Safini

Bukit mertajam: Polis menahan lapan lelaki geng curi motosikal berusia 23 hingga 40 tahun di beberapa lokasi di sini , semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, kesemua yang kebanyakkan mempunyai rekod jenayah lampau itu di tahan di antara jam 2 hingga 4 petang semalam.

Beliau berkata, polis juga menemui lima motosikal yang dilaporkan hilang bersama suspek.

Katanya, beberapa kes dipercayai dapat diselesaikan susulan penahanan suspek.

Kes disiasat mengikut Selsyen 379A Kanun Keseksaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 10:14 AM