ZIA Aleesya dipangku Norlida dengan kaki yang berbalut selepas dipatuk ular. FOTO Khairul Hamizy Ramlee
ZIA Aleesya dipangku Norlida dengan kaki yang berbalut selepas dipatuk ular. FOTO Khairul Hamizy Ramlee
Khairul Hamizy Ramlee


Kuala Terengganu: “Sudah sebulan dia melawan sakit, syukurlah kekuatannya itu menjadi penyelamat,” kata Norlida Miskim, 44, ibu kepada Zia Aleesya Zara Mohd Azhari, 4, yang nyaris maut apabila dipatuk ular tedung di rumahnya di Kampung Padang Landak, Jertih.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari pada 3 September lalu, kanak-kanak itu sedang menonton televisyen bersama abangnya sebelum seekor ular dipercayai spesies tedung mematuk kaki kanannya.

Kelibat ular berkenaan tidak disedari dua abangnya sebelum jeritan Zia Aleesya mengejutkan abang dan ibunya yang berada di dapur ketika itu.

Ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Norlida berkata, selepas dipatuk, anak bongsu daripada lima beradik itu dalam keadaan menahan kesakitan dan menunjukkan kaki kanannya yang terdapat kesan dua lubang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 8:32 AM