ANTARA peralatan curi yang ditemui di rumah suspek. FOTO ihsan Polis
Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Dua lelaki geng samun kedai serbaneka 24 jam dicekup polis di Machang Bubok, di sini, 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kedua-dua supek berusia 29 dan 24 tahun itu dicekup selepas polis menyerbu rumah didiami mereka di Jalan 9, Machang Bubok.

Beliau berkata, susulan penahanan suspek pihaknya menemui van dan motosikal dicuri yang disembunyikan di situ.

"Selain itu pihaknya menjumpai beberapa barangan seperti set penghawa dingin, televisyen, mesin daftar tunai serta peralatan lain dipercayai dicuri," katanya, di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat suspek juga mengaku menjadi dalang kepada beberapa kejadian pecah kedai serbaneka 24 jam termasuk dua kes pada 5 dan 8 Oktober lalu masing-masing di Kampung Baru dan Seberang Jaya.

Nik Ros Azhan berkata, pihaknya yakin dapat menyelesaikan beberapa lagi kes hasil penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana melakukan melakukan samun bersenjata dan mencuri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 10:02 PM