MOHD Fitri (kiri) dan Mohd Farid Irwan (tiga dari kiri) membantu bapa mereka Azman Yaakob. FOTO Safuri Kamarudin
Safuri Kamarudin


Baling: “Saya dan adik terpaksa bergilir ponteng semat-mata menjaga emak dan ayah yang terlantar.

“Demi pengorbanan dicurahkan mereka selama ini, kami berusaha menjaga mereka supaya rutin harian terurus termasuk mencuci bekas luka yang perlu dijaga setiap masa,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Mohd Fitri Azman, 17.

Menurutnya, dia dan adiknya, Mohd Farid Irwan, 14, terpaksa menjaga kedua ibu bapa mereka yang terlantar sejak tiga bulan lalu selepas terbabit kemalangan di Jalan Sungai Limau-Parit Panjang.

“Ayah dan ibu, Azman Yaakob, 47, dan Juliana Khazali, 42, tidak mampu menguruskan diri dan hanya terbaring atas katil sepanjang masa.

“Puncanya motosikal ditunggang mereka terbabas ke dalam parit ketika pulang daripada mengambil ubat di sebuah klinik di pekan Kupang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 8:05 AM