Nur Lela Zulkipli


Kuala Lumpur : “Hidup saya mula musnah apabila ada pekerja lelaki memfitnah saya melalui laman Facebook (FB) mengatakan saya meniduri majikan untuk mendapatkan pekerjaan berbekalkan rupa paras saya. Lebih memalukan, gambar saya diubah suai dan disebarkan dalam laman web lucah,” kata seorang mangsa gangguan siber yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, 26.

Bekas ejen hartanah di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu antara 304 mangsa gangguan siber di seluruh negara yang direkodkan CyberSecurity Malaysia dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Akibat trauma dan takut berdepan masyarakat terutama rakan sepejabat, Ain mengambil keputusan pulang ke kampung dan berazam memulakan kehidupan baru serta menutup semua akaun laman sosialnya.

Menceritakan semula detik hitam dalam hidupnya, dia tidak menyangka rupa paras menarik yang dimiliki boleh mendatangkan masalah kepadanya sehingga menjadi mangsa fitnah di alam maya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 8:10 AM