Mokhzani bersama SIC selama 13 tahun. FOTO NSTP
Mokhzani bersama SIC selama 13 tahun. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Tan Sri Mokhzani Mahathir melepaskan jawatannya selaku Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkuat kuasa serta merta.

Menerusi satu kenyataan, Mokhzani yang menggalas tanggungjawab itu selama 13 tahun bermula 2003 berkata, beliau amat berbangga dapat memberi sumbangan kepada SIC selama ini.

"Saya dapat saksikan banyak kejohanan berkembang bermula daripada saingan amatur sehingga kepada kejohanan berprestij dunia.

"Saya juga dapat melihat SIC mengubah budaya sukan permotoran di negara ini dengan memperkenalkan budaya yang lebih profesional dan mengutamakan soal keselamatan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali mengucapkan terima kasih kepada Mokzani atas sumbangannya selama ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 9:13 PM