FARALYNA. FOTO Munira Abd Ghani.
FARALYNA. FOTO Munira Abd Ghani.
Ramlah Zainal


Namanya pernah meniti di bibir peminat hiburan tanah air menerusi lakonan mantapnya dalam drama Asmara, Kisah Kaisara 2, Sutera Cinta, Fajar Aiman dan banyak lagi.

Namun, selepas berkahwin dan berhijab, dramatis Faralyna Idris, 25, nekad berehat seketika daripada bidang lakonan untuk memberi keutamaan pada rumah tangga.

Selepas dua tahun memperlahankan aktiviti seni, Faralyna kembali mengubat rindu kepada bidang lakonan yang sudah sebati dengan dirinya sejak dulu. Sesuai dengan status sebagai isteri dan ibu, penampilan Faralyna kali ini lebih matang berbanding pembabitan awalnya dalam bidang lakonan tujuh tahun lalu.

“Saya masih mencintai bidang seni hingga sekarang. Justeru, selepas anak besar sikit barulah saya bersedia untuk kembali berlakon. Jika zaman solo dulu, bidang lakonan adalah kerjaya tetapi sekarang keutamaan adalah pada rumah tangga. Saya juga akan memenuhi undangan berlakon bila ada kelapangan,” katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan jurugambar, Muhammad Fikri pada 12 Disember 2014, pasangan ini dikurniakan seorang anak, Fira Anggun yang kini berusia setahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 5:58 AM