MOHAMED Azman Yahya dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang. FOTO arkib NSTP
MOHAMED Azman Yahya dilantik Pengerusi Bukan Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang. FOTO arkib NSTP
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Kementerian Kewangan mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohamed Azman Yahya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru untuk tempoh tiga tahun.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah maklum mengenai peletakan jawatan Tan Sri Mokhzani Mahathir sebagai Pengerusi dan Pengarah SIC berkuatkuasa Isnin lalu.

Pengumuman itu dibuat kira-kira tiga minggu sebelum berlangsungnya saingan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia.

Mokhzani yang menggalas tanggungjawab itu selama 13 tahun bermula 2003 dipetik berkata, beliau amat berbangga kerana dapat memberi sumbangan kepada SIC selama ini.

Malah, beliau juga dapat meyaksikan banyak kejohanan berkembang bermula daripada saingan amatur sehingga kepada kejohanan berprestij dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 4:51 PM