Hazsyah Abdul Rahman


Kudat: Nelayan yang terkena tembakan kumpulan bersenjata ketika menangkap ikan di perairan Pulau Tigabu, Banggi, dekat sini, Rabu lalu, mungkin putus tangan kanannya.

Dalam kejadian 11 malam itu, seorang kru bot berusia 51 tahun dilaporkan parah di tangan dan badan.

Manakala seorang lagi, 37, tidak mengalami kecederaan.

Sumber berkata, mangsa sempat melarikan diri ke jeti di Sandakan sebelum dirawat di Hospital Duchess of Kent.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM), Senior Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, satu sidang media berhubung kejadian itu akan diadakan do Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah tengah hari esok.

Berita berkaitan:

http://hmtro.com/2dSO306

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 11:01 PM