Anggota bomba berusaha menyelamatkan murid tahun satu yang kakinya tersangkut pada lubang tandas. FOTO ihsan bomba
Norizuan Shamsuddin

Kajang: Murid perempuan tahun satu terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit selepas kaki kanannya tersangkut pada lubang tandas di sekolah di Bandar Baru Bangi, di sini, 2.57 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian.

Katanya, enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi dikerahkan ke lokasi.

"Apabila anggota tiba di lokasi jam 3.05 di dapati kaki kanan seorang murid perempuan darjah satu di sekolah berkenaan tersepit di dalam lubang tandas.

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa kira-kira 3.20 petang dan dia diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 6:10 PM