LOKASI dua kanak-kanak ditemui. Foto ihsan Bomba
Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Dua budak lelaki ditemui lemas ketika mandi di pantai berdekatan kilang papan di Jalan Batu Sapi , di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.40 petang itu, mangsa dikenali sebagai Farhan dan Fakhrul masing-masing berusia 10 tahun ditemui anggota bomba lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK), di sini, untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, sebelum itu pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian dua kanak-kanak dilaporkan lemas pada 2.48 petang.

Ketua Zon 5, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan Anddre Andrew berkata, lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikerah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Seorang mangsa ditemui pada 3.15 petang dan selang seminit seorang lagi ditemui dan keduanya ditemui terdampar di pesisir pantai berkenaan.

"Mangsa segera dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Oktober 2016 @ 6:11 PM