ari kiri Hazwan, Irin, Nur Alisa dan Muhammad Ridhuan bersama replika cek kemenangan masing-masing. FOTO Fairul Asmaini Mohd Pilus
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Petaling Jaya: Media Prima Berhad (Media Prima) memenangi enam anugerah pada edisi kesepuluh Anugerah Media Kementerian Kesihatan 2016 di Hotel Eastin, di sini, malam tadi.

Wartawan NTV7 Tan Poh Ling, mengungguli kategori Promo Kesihatan Terbaik Televisyen (Bahasa Cina) dan Laporan Kesihatan Terbaik Televisyen (Bahasa Cina) menerusi laporan Beauty and The Breast (Barah Payudara).

Wartawan Berita Harian Hazwan Faisal Mohamad pula memenangi anugerah saguhati bagi kategori laporan kesihatan terbaik akhbar Bahasa Melayu dengan laporannya, Tiga Penyakit Cegahan Vaksi Muncul Kembali.

Selain itu, wartawan TV3 Irin Putri Azmi dengan laporan Era Baharu Dunia Surgeri serta duawartawan NTV7 Muhammad Ridhuan Hussain ( World Health Day 2016: Beat Diabetes) dan Nur Alisa Yuzni Jamzuri (Undergoing Angioplasty)memenangi hadiah saguhati kategori Laporan Kesihatan Terbaik Televisyen Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.

Dengan kemenangan itu Poh Ling membawa pulang hadiah keseluruhan RM5,000 dan sijil manakala Irin, Nur Alisa dan Muhammad Ridhuan masing-masing menerima RM1,000 serta sijil.

Hazwan pula menerima hadiah wang tunai RM500 dan sijil.

Semua hadiah dan sijil disampaikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam.

Hadir sama,Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Juri Anugerah Kesihatan 2016 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Chamil Wariya.

Sementara itu, Subramaniam dalam ucapannya berharap kerjasama erat antara media cetak dan elektronik dengan kementerian akan terus dijalinkan pada masa akan datang.

Katanya, peranan media penting bagi membantu kementerian dan agensi membawa mesej mengenai aspek kesihatan dengan lebih menyeluruh kepada masyarakat.

"Menerusi media, kerajaan dapat menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat dan ia terbukti ketika negara berdepan dengan penularan virus Zika di negara baru-baru ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 10:42 PM