NADIYA yakin penonton hari ini sudah cukup bijak menilai antara lakonan dan realiti.
Syafil Syazwan Jefri


Watak lakonannya sentiasa menjadi inspirasi lebih-lebih lagi menerusi filem Redha yang ditayangkan, baru-baru ini.

Terbaru, Nadiya Nisaa muncul dengan penampilan lebih manis iaitu bertudung dan berkongsi mengenai perjalanan kariernya selepas ini.

Menurutnya, walaupun tampil bertudung, sebagai pelakon profesional dia tidak mahu menjadikan itu sebagai had dalam berkarya dan mengekspresikan jiwa lakonannya.

“Apa yang dipertontonkan dalam drama dan filem adalah lakonan, jadi sebagai pelakon kita sendiri yang membentuk watak itu. Bagi saya, saya tidak mahu mengehadkan lakonan saya disebabkan bertudung.

“Pelakon dan pengarah sendiri perlu bermain dengan kreativiti dalam menjayakan sesuatu watak. Sebelum ini juga, saya pernah melakonkan watak sebagai wanita bertudung,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 7:42 AM