PELUANG Terengganu kekal dalam Liga Super musim depan semakin tipis walaupun jika mengutip tiga mata penuh ketika  menentang Pulau Pinang.
PELUANG Terengganu kekal dalam Liga Super musim depan semakin tipis walaupun jika mengutip tiga mata penuh ketika menentang Pulau Pinang.
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Kerajaan negeri Terengganu berang dan mempertikaikan tindakan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberikan kemenangan percuma kepada Pahang selepas Kedah didapati bersalah menurunkan pemain yang digantung pada aksi Liga Super, Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berkata, tindakan jawatankuasa itu untuk memberikan tiga mata dan kemenangan 3-0 kepada Pahang bakal menutup peluang Terengganu untuk beraksi dalam Liga Super musim depan sekalipun jika menang ke atas Pulau Pinang, esok.

“Saya dimaklumkan, Pahang membuat bantahan kerana Kedah menurunkan pemain yang digantung, dalam tempoh 72 jam selepas perlawanan pada 3 Ogos lalu itu, tapi mengapa jawatankuasa berkenaan mengambil masa terlalu lama, melebihi tiga bulan untuk membuat keputusan.

“Adakah Jawatankuasa Tatatertib FAM mempunyai agenda tersembunyi untuk menidakkan Terengganu daripada beraksi dalam Liga Super musim depan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Peringkat negeri, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 7:48 AM