Kakitangan Pejabat Menteri Besar Perlismenonton Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. FOTO Eizairi Shamsudin
Kakitangan Pejabat Menteri Besar Perlismenonton Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri. FOTO Eizairi Shamsudin
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Bajet 2017 akan dilaksanakan segera oleh penjawat awam supaya rakyat dapat terus

menikmati dan memperolehi faedah seperti yang diumumkan kerajaan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menegaskan disebalik beberapa insiden yang

membabitkan penyelewengan penjawat awam, majoriti penjawat awam masih mendukung prinsip

perkhidmatan awam untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat secara berintegriti.

"Sektor perkhidmatan awam Malaysia akan terus mengorak langkah bersama dengan kerajaan bagi

merealisasikan aspirasi mewujudkan keseimbangan pertumbuhan ekonomi negara dan memastikan

jaminan kesejahteraan rakyat,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ali berkata, beliau bagi pihak penjawat awam merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan

kepada kerajaan di atas keputusan pemberian insentif serta penambahbaikan skim perkhidmatan awam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 8:31 PM