PASUKAN SAR menyambung operasi mencari ‘paraglider’ yang dipercayai terjatuh di laut. FOTO Mohd Khidir Zakaria
PASUKAN SAR menyambung operasi mencari ‘paraglider’ yang dipercayai terjatuh di laut. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 'paraglider' yang dipercayai terjatuh di laut di Pantai Batu 1, berhampiran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini, diteruskan semula pagi ini.

Pasukan SAR membabitkan kekuatan seramai 24 anggota bomba, polis (13), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (10), MPPD (7), Jabatan Sukarelawan Malaysia (3) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (5).

PASUKAN SAR ketika membuat persiapan pagi ini. FOTO Mohd Khidir Zakaria
PASUKAN SAR ketika membuat persiapan pagi ini. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Ketua Polis Daerah Port Dickson Adzli Abu Shah berkata, operasi bermula jam 9 pagi ini dengan menumpukan kawasan mangsa dipercayai terjatuh iaitu kira-kira 500 meter dari pesisir pantai.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan kehilangan ahli keluarga atau mana-mana pihak yang tampil memberi maklumat.

"Bagaimanapun, kita akan tetap melakukan operasi pencarian ini sehingga mendapat petunjuk atau maklumat baru," katanya ketika ditemui di lokasi pencarian, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 11:11 AM
Digital NSTP Subscribe