Helmy Abd Rahman


Chukai: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperkenalkan Infobanjir, aplikasi telefon pintar untuk memudahkan orang ramai terutama mangsa banjir mengetahui maklumat terkini ketika berdepan bencana itu.

Melalui aplikasi itu, orang ramai boleh mendapat maklumat antaranya pusat pemindahan terdekat di setiap daerah, paras air sungai, jalan ditutup, kapasiti semasa mangsa di pusat pemindahan, peta dan petunjuk arah.

Orang ramai juga boleh membuat persediaan dengan lebih cepat melalui maklumat yang dikemas kini setiap hari.

Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi App Store untuk pengguna iOS atau Google Play bagi sistem operasi Android.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 3:17 PM