JOHARI bersama cucunya di rumah transit mereka di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang. Gambar kecil, penduduk berkumpul bersama keluarga di bawah khemah. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim

Gua Musang: Dijanjikan rumah kekal di kawasan penempatan baru yang lebih selamat, namun kira-kira 43 penduduk Kampung Limau Kasturi, di sini masih menghuni rumah transit atau sisa rumah yang rosak akibat banjir dua tahun lalu.

Mereka pasrah kerana tidak mempunyai tempat tinggal lain, namun penduduk terbabit kecewa selepas mendakwa kerajaan negeri seperti tidak mengendahkan mereka.

Johari Sulaiman, 90, berkata, sehingga kini dia masih menunggu rumah baru yang lebih selesa selepas dua tahun mendiami rumah sementara yang dibina di atas tapak tanahnya.

“Mak cik tak faham kenapa tak ditawar rumah kekal lagi sedangkan majoriti sudah menerimanya dan mak cik pun ada geran tanah untuk tapak rumah ini.

“Nak bina rumah sendiri yang lebih elok, mak cik mana mampu dan hanya mengharapkan ihsan NGO membina rumah sementara ini ketika banjir dulu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 7:17 AM