SITUASI ketika pemilik laman sosial yang menghina pemandu lori  diminta memohon maaf. FOTO Facebook
SITUASI ketika pemilik laman sosial yang menghina pemandu lori diminta memohon maaf. FOTO Facebook
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: “Inilah cara nak stop (hentikan) awak punya viral,” demikian luah seorang lelaki sebagai reaksi mendesak permohonan maaf seorang pengguna laman sosial Facebook (FB) yang didakwa memuat naik status perkataan kesat serta menghina kerjaya dan keluarga pemandu lori di seluruh negara.

Menerusi rakaman berdurasi kira-kira tiga minit itu, pemilik laman sosial berkenaan didesak kumpulan lelaki tidak dikenali di suatu lokasi tidak diketahui supaya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka selepas kisah viralnya disebarkan kepada umum.

Dalam rakaman terbabit, pemilik FB berkenaan dilihat dikerumuni kumpulan lelaki sekali gus menyebabkan dirinya terdiam dan ‘mati kutu’ sebelum wajahnya dirakamkan kembali untuk dikongsi semula menerusi laman sosial.

Bahkan sejak semalam, video berdurasi pendek itu sudah berlegar di laman sosial FB dengan status ‘Persidangan Mohon Maaf’, sebelum mendapat pelbagai reaksi dan maklum balas daripada orang ramai selepas menonton video berkenaan.

Isu membabitkan viral oleh pemilik akaun berkenaan disuarakan sekumpulan pemandu lori yang tersinggung dengan status yang dikongsi secara terbuka oleh seorang pengguna laman sosial FB yang didakwa menghina kerjaya dan keluarga pemandu lori di seluruh negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 7:33 AM