X
MAS Ermieyati (kanan) melawat tapak pameran pelancongan Umrah dah Haji selepas perasmian. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
MAS Ermieyati (kanan) melawat tapak pameran pelancongan Umrah dah Haji selepas perasmian. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Kerajaan sedang meneliti rungutan pemain industri mengenai bayaran visa sebanyak RM2,250 buat jemaah yang mahu menunaikan umrah kali kedua ke negara itu yang diperkenalkan Kerajaan Arab Saudi berkuatkuasasa 2 Oktober (1 Muharram) depan.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Luar Negara untuk membawa perkara itu bersama sebelum tindakan selanjutnya.

"Bagaimanapun, buat masa ini kita mengambil pendekatan mematuhi dasar baru diperkenalkan itu supaya tidak menimbulkan sebarang masalah sementara perbincangan lanjut mengenainya dilaksanakan.

"Lagipun, kita mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Arab Saudi dan perlu menghormati keputusan mereka," katanya selepas merasmikan Expo Antarabangsa Pelancongan Umrah dan Haji 2016 kali ke-7 di sini hari ini.

Pada 2 Oktober lalu, Kerajaan Arab Saudi mula melaksanakan caj baru visa bagi meningkatkan pendapatan bukan berasaskan minyak iaitu 2,000 riyal (RM2,250) bagi kemasukan tunggal ke negara itu.

Bagaimanapun, pengunjung yang kali pertama memasuki Arab Saudi untuk menunaikan haji atau umrah dikecualikan daripada caj berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2016 @ 9:50 PM