PASUKAN bomba giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap. FOTO Hairul Anuar Rahim
PASUKAN bomba giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap. FOTO Hairul Anuar Rahim
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengenal pasti punca kebakaran hingga mengakibatkan kematian terhadap enam pesakit dalam kejadian kebakaran di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Johor, Mohd Rizal Buang berkata, setakat ini punca kebakaran dipercayai berlaku di sebuah bilik di wad berkenaan.

" Maklumat awal itu diperoleh daripada kakitangan bertugas selepas melihat kebakaran bermula dari sebuah bilik di wad itu.

"Berikutan itu anggota menjalankan siasatan pada jam 2 petang ini selepas api dapat dipadam sepenuhnya dan dikawal pada jam 1.30 tengah hari tadi," katanya.

Katanya, pihaknya sedang mengumpulkan sampel-sampel untuk dihantar ke makmal bagi mengetahui punca sebenar kejadian di wad terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 3:51 PM