DIN (dua kanan) menunjukkan alat memproses dadah yang dirampas dalam di Pasir Mas dan Pasir Puteh. FOTO Mohd Faris Zainuldin
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Lima individu disyaki pengedar dadah termasuk wanita warga Thailand ditahan dalam dua serbuan, 18 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mereka yang berusia 31 hingga 51 tahun masing-masing ditahan di Kampung Padang Embong, Tendong, Pasir Mas dan Kampung Gong Kulim, Pasir Puteh antara 3.15 petang hingga 3.30 petang.

"Dalam serbuan itu, pelbagai jenis peralatan memproses dadah dan pil kuda dianggarkan RM36,000 turut dirampas.

"Kita juga menyita empat kenderaan yang dicuri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Din berkata, semua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 4:27 PM