ANGGOTA Bomba berusaha memadamkan kebakaran tangki NGV yang meletup. FOTO ihsan APM dan Bomba
TANGKI NGV yang meletup dan terbakar. FOTO ihsan APM dan Bomba
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Kontraktor pembaikan pam tangki NGV rentung selepas tangki NGV meletup di stesen minyak di Mount Austin di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.40 petang itu, mangsa, Mohd Faizal Mazlan, 33, dilaporkan berada berhampiran tangki berkenaan sebelum ia meletup.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.55 petang.

"Lima anggota diketuai pegawai operasi Syed Nasir Syed Abu Bakar dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian dengan bantuan enam anggota dari BBP Tebrau dan empat anggota BBP Pasir Gudang.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada 3.09 petang dan mendapati berlaku kebakaran membabitkan pam NGV dan terdapat seorang mangsa maut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 6:12 PM