ELEENA
Sudirman Mohd Tahir


Lakonannya sebagai Inara dalam drama bersiri popular Suri Hati Mr Pilot menarik perhatian penonton.

Apatah lagi watak antagonis yang dilakonkan Eleena Sui, 24, itu berjaya menimbulkan rasa marah dalam kalangan peminat setia drama berkenaan.

Disebabkan itu Eleena Sui menerima pelbagai komen negatif di laman sosial miliknya termasuk dihambur dengan kata-kata negatif.

“Saya tahu Inara membuatkan penonton geram dan benci terhadap saya. Selain menerima komen negatif, saya juga diserang di Instagram malah ada yang mengatakan saya bohsia.

“Pada mulanya saya agak sedih hingga seminggu susah nak tidur malam kerana terlalu memikirkan semua komen itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 7:53 AM